Uzumaki Naruto
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas
Naruto memakai gogal ketika di akademi.
Uzumaki Naruto (うずまきナルト) ialah protagonis dalam siri
anime dan
manga Naruto.
Latar belakang
PERHATIAN: Butiran jalan cerita yang nyata menyusul.
Naruto dilahirkan pada
10 Oktober 1995,.
Asal usul ibu bapa dan saudara maranya yang lain masih merupakan
misteri. Sejak dilahirkan lagi, syaitan musang berekor sembilan,
Kyubi no Yoko yang cuba membinasakan Konoha dikurung dalam badan Naruto oleh ayahnya,
Hokage Keempat.
Ayah Naruto Namikaze Minato merupakan Hokage generasi keempat manakala
ibunya bernama Uzumaki Kushina. Naruto mempunyai wajah seiras ayahnya
manakala sifatnya lebih serupa dengan ibunya yang merupakan seorang
tomboy ketika kecil sebelum menjadi wanita cantik ketika dewasa.
Hokage Keempat berhajat agar orang kampung melihat Naruto sebagai
seorang wira yang terpaksa memendam Kyubi. Malangnya, seluruh warga
kampung menaruh kebencian dan kemarahan yang marak terhadap si kecil
Naruto kerana Kyubi pernah meranapkan ketenangan Konoha. Malah Naruto
sendiri tidak mengetahui kewujudan makhluk tersebut dalam dirinya
sehinggalah dia mencecah usia dua belas tahun.
Uzumaki Kushina, ibu kepada Naruto.
Uzumaki Kushina dalam komik
Mujurlah Naruto berpeluang mengenali seorang guru yang penyayang lagi
berdedikasi di akademi iaitu seorang ninja Chunin, Umino Iruka.
Walaupun orang tua Iruka mati dalam tangan Kyubi, Iruka tidak
menyalahkan Naruto. Iruka menerima Naruto dan bersimpati terhadap niat
Naruto untuk dikenali oleh orang kampung. Iruka mungkin merupakan orang
pertama yang benar-benar mempercayai Naruto dan meninggalkan impak besar
terhadapnya. Naruto akhirnya berjaya mengatasi perasaan sedih dan sunyi
kerana kehadiran Iruka sebagai pengganti ibu bapanya.
Personaliti
Sebelum tamat pengajian di Akademi, Naruto telah lama mengimpikan
dirinya dikenali dan diterima ramai. Dia akan bermain helah dan bergurau
senda di seluruh kampungnya untuk menarik perhatian. Pernah juga Naruto
menconteng grafiti pada muka monumen Hokage dengan cat dan merupakan
dirinya sebagai gadis seksi yang tidak berpakaian untuk menimbulkan
kemarahan guru-guru. Naruto juga memaklumkan kepada mereka yang
memandang rendah terhadapnya bahawa dia akan menjadi
Hokage
suatu masa nanti. Setelah tamat pengajian, Naruto akhirnya dicam
sebagai "Ninja Bising, Mustahil untuk Dijangka dan Hiperaktif Nombor
Satu" di Konoha oleh Hatake Kakashi.
Naruto gagal meyeru Gamabunta atau Raja Katak.
Sikap gigih dan tidak mudah mengalah menyebabkan Naruto berjaya
mempengaruhi watak-watak lain di sekelilingnya. Pada mulanya, Naruto
bersahabat dengan
Konohamaru,
cucu kepada Hokage Ketiga. Konohamaru akhirnya memahami bahawa yang
bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang dan
sesungguhnya usaha itu tangga kejayaan. Walaupun tampak degil dan
sedikit bodoh, Naruto boleh mengalahkan pihak lawan melalui semangat
yang kental, teknik mengalih perhatian lawan yang bijak dan nasib baik
semata-mata.
Naruto suka bergurau senda walaupun kadang kala gurauannya
mengandungi elemen lucah. Biasanya, Naruto sering bergelak ketawa dan
senyum (pada sesetengah ketika, Naruto senyum untuk menyembunyikan
masalahnya; hanya mereka yang benar-benar rapat dengannya boleh
mengetahui perasaan sebenar Naruto). Dari segi luaran, Naruto hanyalah
seorang budak yang tidak menonjol, bising, panas baran, mempunyai jiwa
kental dan selalu terlibat dalam masalah.
Salah satu daripada hobi Naruto ialah berkebun walaupun Naruto tidak
dapat membezakan herba daripada rumpai (disiarkan dalam episod 20).
Naruto juga menghadiahi Kakashi Mr. Ukki, tumbuhan pasu yang boleh
dilihat di tepi tingkap Kakashi.
Naruto mengunakan Rasengan.
Naruto juga menjadi matang dengan cepat sejajar dengan perkembangan
cerita tetapi masih kebudak-budakan dari segi pemilihan aksesori.
Pakaian tidurnya selalu diiringi dengan topi malam yang dihiasi sepasang
mata dan gigi. Wangnya disimpan di dalam dompet hijau berupa katak yang
dipanggil Gama-chan.
Naruto suka makan dan mempunyai selera seperti Akimichi Choji. Makanan kegemaran Naruto,
ramen
seolah-olah bertindak sebagai penghubung antara Naruto dengan sesiapa
yang sudi membayar bil nanti. Dalam banyak episod, dilihat Naruto boleh
menghabiskan beberapa mangkuk aneka rasa ramen.
Naruto dan Syaitan Musang
Sebagai perumah bagi syaitan musang, Kyubi, tubuh dan minda Naruto
kadang kala dipengaruh olehnya. Secara fizikal, Naruto mempunyai sedikit
ciri-ciri Kyubi seperti tanda misai di pipinya. Matanya juga sepet
seperti musang. Naruto memiliki stamina dan daya pemulihan yang tinggi
yang membolehkan Naruto sembuh daripada kecederaan parah dalam sehari
dua dan luka kecil dalam beberapa saat. Memandangkan Kyubi telah
dikurung dalam Naruto sejak bayi lagi, adalah tidak diketahui sejauh
mana personaliti Naruto dipengaruhi oleh Kyubi. Namun, terdapat
kemungkinan bahawa Kyubi menyebabkan Naruto sangat nakal dan suka
mengenakan orang lain untuk mendapat perhatian dan kedegilannya untuk
tidak mengaku kalah dalam mana-mana pertarungan.
Tahap chakra Naruto adalah sangat tinggi kerana Kyubi.
Ebisu
pernah menyatakan bahawa daya pengawalan chakra Naruto adalah lemah
kerana sebahagian daripada chakranya digunakan untuk membendung chakra
Kyubi yang terlalu kuat (chakra Kyubi yang luar biasa ini boleh
membahayakan Naruto jika dibebaskan dengan terlalu banyak). Kakashi pula
mengatakan bahawa kuantiti chakra Naruto adalah dua kali dirinya yang
punya. Maka, Naruto amat sesuai mengendalikan jurus yang memerlukan
banyak chakra seperti 'Teknik Pengagihan Bayang' (Kage Bunshin no
Jutsu). Ninja lain dapat menghasilkan beberapa klon sahaja dengan
sempurna kerana jurus ini mengkehendaki penggunanya membahagikan
chakranya dengan tepat kepada klon-klon yang dihasilkan, berlainan pula
dengan Naruto yang mampu menghasilkan 2000 klon dan pada masa yang sama,
membekalkan sejumlah chakra yang mencukupi kepada setiap klon.
Musang Berekor Sembilan mengawal badan Naruto.
Musang Berekor Sembilan di dalam badan Naruto.
Chakra Kyubi selalunya menjadi lebih nyata apabila Naruto menghadapi
saat-saat genting untuk memastikan Naruto (dan juga Kyubi sendiri) dapat
terus hidup. Kemudian nanti, Naruto berupaya menghubungi Kyubi dan
meminta chakranya. Hal ini kerana walaupun Kyubi dikurung dalam badan
Naruto, chakranya masih boleh mengalir keluar untuk bersebati dengan
chakra Naruto. Tambahan pula, kuantiti chakra Kyubi yang hampir infiniti
menyebabkan Kyubi merupakan senjata terunggul bagi Naruto dalam
pertempuran yang sengit. Apabila Naruto mula menggunakan chakra Kyubi,
ketangkasan dan kekuatannya meningkat secara mendadak. Kadar
kecederaannya pulih turut meningkat. Oleh sebab staminanya telah
bertambah berlipat ganda, Naruto boleh terus berlawan tanpa berasa
letih. Naruto biasanya boleh memendamkan chakra Kyubi sebelum
transformasi ekor berlaku. Seandainya hal itu terjadi, chakra Kyubi akan
menjadi lebih nyata dengan masa. Beberapa kaedah boleh dilakukan untuk
memendamkan semula chakra Kyubi seperti jampi pengurung Jiraiya atau
teknik mengurung Yamato.
Apabila Naruto mula-mula menggunakan chakra Kyubi, Naruto belum mampu
mengawalnya menyebabkan kemarahan dalamannya menguasai minda Naruto.
Lama kelamaan, Naruto berupaya mengatasi masalah tersebut. Tetapi, jika
emosinya terganggu, Naruto mungkin akan menggunakan lebih banyak chakra
menyebabkan Kyubi menguasainya dirinya semula.
Naruto menewaskan Kabuto dengan jurus Rasengan.
Naruto menjadi lebih berkuasa dengan pertambahan bilangan ekor
perisai chakra Kyubi (setakat ini di Malaysia, bahagian ini hanya boleh
dilihat dalam manga). Sehinggalah ekor yang ketiga, Naruto masih sedar
tetapi tindakannya lebih buas. Dia mula merasakan kesakitan sebagai
akibat kuantiti chakra yang terlalu besar. Apabila Naruto mencapai tahap
'empat ekor', Kyubi mendominasi. Minda Naruto bercampur dengan minda
Kyubi. Bagi orang lain yang menyaksikan perubahan ini, Naruto kelihatan
seperti mini-Kyubi.
Chakra Kyubi adalah jauh lebih kuat dan bahaya daripada chakra
manusia biasa. Apabila Naruto menggunakan chakra Kyubi, tubuh asalnya
menjadi kian lemah. Pada peringkat 'empat ekor', chakra Kyubi terlalu
hebat sehingga mampu membakar kulit Naruto menyebabkan darah mengalir
daripada setiap liang roma. Sementara itu, chakra Kyubi sentiasa
memulihkan semula tisu rosak Naruto. Kitar
dicederakan-dan-dipulihkan-semula melemahkan Naruto dan secara amnya
memendekkan jangka hidup Naruto.
Perkembangan Naruto
Setelah Naruto berjaya menguasai jutsu Shuriken Rasengan yang
bertaraf S, keupayaan Naruto dianggap melepasi keupayaan Kakashi
sendiri. Perkara ini disebut sendiri oleh Kakashi ketika beliau bertemu
naruto, sakura dan sai di kedai ramen ichiraku. Jutsu Shuriken Rasengan
mempunyai keupayaan membinasa pada tahap selular. Elemen angin yang
digabungkan bersama rasengan ditukar kepada berjuta-juta jarum halus
yang menembusi setiap sel di dalam tubuh lawan dan memotong setiap urat
saraf yang menjalin hubungkan setiap sel. Kegagalan sel-sel untuk
berfungsi akan membinasakan keupayaan organ yang terbabit. Dalam kes
Naruto melawan Kakuzu, serangan shuriken rasengan telah memusnahkan 2
buah jantung milik kakuzu dan menggagalkan keupayaan satu lagi jantung
untuk berfungsi. Kakuzu hanya mampu terbaring menunggu ketibaan ajalnya.
Naruto kini berjaya menguasai senjutsu. Demi membalas dendam untuk
tuk gurunya. Naruto telah mengikut Datuk Fukasaku ke gunung Myobukan.
Perkembangan naruto sungguh luarbiasa kerana dia dapat mencapai satu
demi satu tahap dengan cepat bahkan mengatasi Jiraiya sendiri. Perkara
ini disebut sendiri oleh Datuk Fukasaku. Naruto bahkan berjaya memasuki
mode pertapa yang sebenar setelah melepasi ujian keseimbangan. Berbeza
dengan Jiraiya yang berubah sedikit menjadi katak. Dalam mode pertapa
setiap aspek tubuh naruto dipertingkatkan. Naruto langsung tidak
mengalami kecederaan meskipun dia jatuh dari tempat tinggi ke kawasan
batu-batu yang tajam. Dalam diam-diam Naruto sedang menyempurnakan
sebuah jutsu yang masih belum didedahkan kepada umum. Setelah itu Naruto
pulang ke Konoha untuk membunuh Pain,Ninja yang memusnahkan Konaoha.
Naruto berjaya mengalahkan Pain malah berjaya menyedarkan Pain erti
sebenar kedamaian. Naruto juga membuat Pain menghidupkan kembali
penduduk kampung Konoha yang mati ditangan Pain. Setelah itu Naruto
dianggap wira di kampung Konoha.